Actually, saya suka sangat kalau bercerita soal agama.. Nak tambah ilmu pengetahuan tentang selok belok agama Islam yang kadang2 ada manusia yang tersasar jauh dari landasan yang sebenarnya.. Saya nih still student sekolah menengah.. Ilmu yang ada masih x cukup untuk bercakap tentang hal ni.. Tapi cikgu dah ajar yang brdakwah 2 wajib hukumnya, so apa salahnya kalau saya mula dari sini... Saya juga adalah hamba Allah yang hina, yang kadang2 terlupa pada janji2..
Sebagai hamba Allah yang hina, sentiasalah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah Azzawajalla kerana masih memberi peluang kepada kita untuk hidup.. Tujuan kita dihidupkan di dunia ni adalah untuk beribadat kepadaNya.. Namun masih ada yang di luar sana tidak tahu tujuan hidup mereka dan lupa pada Pencipta.. Alangkah ruginya diri kita kalau berada dalam kalangan orang2 yang sebegitu... Jauh dari Allah.. Kepada yang semakin lupa pada asal-usul, cepat2 lah insaf.. Bertaubatlah.. Kita boleh mula dari bawah, belajar perkara2 asas dalam Islam.. Teruskan mencari ilmu tanpa pernah berputus asa ikhlas Lillahi Ta'ala.. Dunia sekarang semakin maju sehinggakan anak2 lebih pandai daripada ibubapa.. Semakin ramai yang menderhaka kepada ibubapa dan guru2.. Seolah-olah apa yang dilakukannya itu tidak akan diazab di akhirat kelak.. Ingatlah, setiap yang dilakukan di dunia ni akan dibalas di akhirat.. Walaupun perkara yang dilakukan itu sebesar zarah...
Jagalah iman sebaik-baiknya supaya tidak menduakan Allah.. Kerana Allah akan mengampunkan dosa2 kita yang besar atau yang kecil jika bertaubat, tapi Allah xkan ampunkan dosa orang2 yang SYIRIK kepadaNya..
Setiap perkara yang diharamkan atau diwajibkan kepada umat Islam ada hikmahnya.. Untuk kebaikan kita di dunia dan akhirat juga.. Kan?? Tiada yang kurang dalam Islam..
ISLAM IS BEAUTIFUL...!!!!


0 comments:
Post a Comment